Rexy Minta Anak Buah lakukan yang terbaik di BAMTC 2025. Menjelang perlawanan pertama kejohanan badminton berpasukan campuran asia 2025 yang akan berlangsung di China mulai 11 Februari 2025 sehingga 16 februari 2025 ini. Ramai yang berharap skuad muda negara dapat berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui mereka.
Satu kejutan juga berlaku apabila pasukan Filipina menarik diri dari kejohanan ini dan memaksa skuad kazakhstan yang sepatutnya berada dalam kumpulan dengan Malaysia di pindah kan ke kumpulan yang lain. Jadi ramai beranggapan kekurangan pasukan dalam kumpulan bakal memberi kelebihan buat skuad negara. Namun ia sebaliknya.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata :
"Sebenarnya sama ada empat atau tiga pasukan di dalam kumpulan, ia bukan sesuatu yang bagus atau sebaliknya, tapi itu memang ada risiko dan kita perlu beraksi dengan baik.
"Kita jangan melihat pasukan lawan macam mana kerana itu akan memberikan tekanan kepada pemain sebaliknya beri semangat untuk mereka berhadapan dengan Hong Kong dan Indonesia," katannya.
Pada awalnya, Kazakhstan diundi bersama Malaysia, Hong Kong dan Indonesia di dalam Kumpulan B namun disebabkan Filipina menarik diri, Kazakhstan ditukarkan kepada Kumpulan C.
"Itu pertanyaan yang selalu (diajukan) kalau untuk acara berpasukan. Bukan kita sahaja tetapi semua pasukan pasti akan buat perkara sama bergantung kepada apa yang pasukan perlukan.
"Itu harus kita lihat dulu. Kita boleh lihat Indonesia siapa pemainnya, kita harus memikirkan, adakah sesuai untuk meletakkan gandingan asal atau pecah ganding. Itu kita lihat nanti pada waktu perlawanan, kemungkinan itu pasti ada," katanya.
--
Kita doakan agar skuad negara dapat memenangi perlawanan ini seterusnya dapat lolos ke semi final BAMTC 2025. Semoga berjaya !!
0 Comments